Rabu, 28 Januari 2009

PROFIL SMK SAMA GAGAH

Pendahuluan

Pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang yang berlaku di merata tempat di merata dunia sejak dari dahulu sehingga sekarang ini sebenarnya adalah dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Salah satu saluran untuk menyampaikan pendidikan kepada orang ramai adalah melalui institusi sekolah.




Sekolah juga adalah sebuah organisasi sosial iaitu satu kumpulan manusia yang menjalankan tugas secara berstruktur untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Ia merupakan struktur sosial yang khusus berupa rangkaian perhubungan yang terjalin antara guru, pelajar dan kakitangan yang lain. Ia juga mempunyai budaya iaitu pegangan, nilai, norma dan peranan yang tersendiri. Struktur dan budaya ini difahami oleh semua ahlinya.




Dua aspek penting pengurusan sekolah ialah perlaksanaan aktiviti kurikulum yang berkait rapat dengan penyediaan sukatan pelajaran, penyediaan buku teks dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta aspek penilaian. Keduanya ialah pelaksanaan kegiatan kokurikulum berupa penyediaan dan pelaksanaan program bukan akademik khususnya kegiatan sukan, permainan dan persatuan yang melibatkan guru dan para pelajar.

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah (SMKSG) dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampung Sama Gagah. Pekan Permatang Pauh ialah pekan yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 1 kilometer. Sekolah ini mula dibuka pada 9 Januari 1995. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.




SMKSG terbina di atas tanah seluas 9.18 hektar, di Mukim 2 Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Sekolah ini dikategorikan sebagai kawasan luar bandar, SMK Sama Gagah merupakan sekolah jenis harian biasa gred A dan hanya melibatkan sesi persekolahan pagi sahaja.

SMKSG merupakan salah sebuah sekolah harian biasa di negeri ini. Namun begitu terdapat Kelas Aliran Bahasa Arab (KAA) yang ditawarkan di sekolah ini. Kelas KAA hanya melibatkan tahap menengah rendah iaitu kelas Tingkatan Satu, Dua dan Tiga sahaja.




Pelajar-pelajar perintis sekolah ini yang terdiri daripada 208 orang terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh selama sebulan. Komposisi kaum pada ketika itu ialah 70.2 % Melayu, 26.4 % Cina dan 3.4 % India. Pelajar-pelajar tersebut datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran seperti SK Permatang Tok Kandu, SK. Permatang Pauh dan SRJK(C) Lay Keow. Ketika itu sekolah ini dikendalikan oleh Tn Hj. Mohd Rodhi bin Musa sebagai Pemangku Pengetua (Penyelaras) bersama-sama dengan 12 orang guru serta seorang kerani.




Sekarang tenaga pengajar akademik berjumlah 41 orang guru, daripada jumlah itu 40 orang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 1 orang guru terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Di awal pembukaan sekolah ini, Tuan Haji Mohd Rodhi bin Musa telah dipertanggungjawabkan untuk memangku jawatan pengetua bagi melicinkan pentadbiran sekolah.




Secara rasminya, pada 09 Mac 1996, sekolah ini telah menerima pengetua yang pertama iaitu Tn. Hj Darus bin Omar. Beliau telah menjadi pengetua di sekolah ini selama 2 tahun sebelum persaraan wajib. Pengetua-pengetua lain yang pernah berkhidmat di sekolah ini ialah En Ismail bin Darus, Pn. Rohani binti Hj. Ishak, Tn. Hj. Othman bin Mohamad dan Pn. Sopiah binti Ebau. Sekarang SMK Sama Gagah dipimpin oleh En. Abdul Rasid bin Saad, yang memulakan tugasnya di sekolah ini pada 01 April 2007 sehinggalah sekarang.




SMKSG merupakan sekolah yang telah berjaya membina budaya dan identitinya yang tersendiri. Kini SMKSG telah berusia empat belas tahun sejak mula dibuka pada 01Disember 1994, banyak kejayaan yang dicapai dalam pelbagai aspek khususnya dalam bidang kokurikulum.




Lencana Sekolah

Lencana SMK Sama Gagah berbentuk bulat, yang mengandungi logo dan simbol tertentu. Semua Lambang yang terdapat di dalam lencana sekolah ini mengandungi maksud yang tersendiri. Di bawah ini di terangkan maksud yang diwakili melalui logo dan simbol tersebut.


MIKROSKOP
Melambangkan Sains dan Teknologi yang menjadi objektif menuju ke arah negara maju




GEGELANG
Lambang kesukanan di kalangan pelajar untuk membentuk pelajar yang sihat fizikal




TAHUN
1994 menunjukkan tarikh penubuhan sekolah pada 1.12.1994

LAMBANG KERIS
Melambangkan KEGAGAHAN yang bertepatan dengan nama sekolah
Melambangkan warisan bangsa dan budaya bersemangat kental




BUKU
Melambangkan budaya ilmu yang dituntut


WARNA MAKSUD




BIRU - Melambangkan kesepaduan di mana semua aliran iaitu Sains, Sains Tulen dan Teknikal disatukan di bawah satu bumbung
KUNING - Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara . Ia juga melambangkan disiplin ilmu
MERAH - Melambangkan semangat keberanian

Lagu Sekolah

SMK Sama Gagah
Kami Melangkah Megah
Keazaman, Kejayaan
Doa Kami Pohonkan
Kami Warga Semua
Mendukung Cita Mulia
Berilmu Berakhlak Beramal
Jadi Tunjang Utama
Kami Janji Kami Ikrar
Taat Setia Kami Kotakan
Tekad Kami Jadi Bukti
Jaya Visi Dan Misi
Maju Terus Gemilang
Sama Gagah Pasti Terbilang

Lirik & Lagu : En. Khairul Hazmy bin Hashim


Visi Sekolah




SMK Sama Gagah Sedia Maju Ke Hadapan Sebagai Sekolah Yang Cemerlang Serta Di yakini Dalam Pulau Pinang Menjelang 2010.

Misi Sekolah

Bagi mencapai hasrat kecemerlangan menyeluruh (total excellence) dalam semua aspek pengurusan sekolah meliputi bidang pengurusan dan pencapaian kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan fizikal sekolah.



1. Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.



2. Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai ciri-ciri unggul seperti yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.



3. Memanfaatkan penggunaan ict serta perlaksanaan bestari, untuk keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.



4. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin rasa selesa, ceria dan selamat.



5. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin rasa selesa, ceria dan selamat.



6. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan profesionalisme staf melalui latihan dalaman dan luaran yang berterusan bagi memenuhi keperluan sekolah.




Piagam Sekolah

Dalam usaha untuk merealisasikan Visi yang telah ditetapkan, pihak sekolah juga telah menggariskan tujuh perkara utama yang harus difokuskan oleh semua warga sekolah untuk memastikan Visi sekolah tercapai. Semua warga sekolah harus sentiasa berpegang kepada misi yang sama ini untuk kejayaan sekolah. Berikut misi yang telah ditentukan mencapai satu matlamat yang sama. Sekolah adalah akan berusaha gigih untuk :-

1. Mendidik dan membimbing melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

2. Memanfaatkan penggunaan ict serta perlaksanaan bestari, untuk keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

3. Melahirkan insan yang berkualiti yang mempunyai ciri-ciri unggul seperti yang tersurat dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

4. Membangunkan suasana permuafakatan yang harmoni di kalangan warga sekolah dan menjalin hubungan yang akrab antara secular dengan ibu bapa, masyarakat sekitar dan stakeholders.

5. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif bagi menjamin rasa selesa, ceria dan selamat.

6. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan profesionalisme staf melalui latihan dalaman dan luaran yang berterusan bagi memenuhi keperluan sekolah.


Objektif Sekolah

Objektif yang ditetapkan oleh pihak pengurusan SMK Sama Gagah adalah ingin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam aspek yang diutamakan iaitu akademik, kokurikulum, keceriaan serta pembentukan sahsiah pelajar yang terpuji. Oleh itu usaha-usaha sedang digerakkan sejak dahulu sehingga sekarang oleh semua warga sekolah. Antara objektif yang diperjuangkan bersama-sama adalah seperti berikut:-



1. Pencapaian akademik bagi SPM lebih 80% dan PMR lebih 85% mendapat 5A ke atas dan PMR 15% mendapat 7A dan 6A.



2. Semua mata pelajaran mencapai kelulusan 85% atau lebih dalam semua peperiksaan awam. Pencapaian dalam Matematik dan Sains sebanyak 75% pelajar mendapat A atau B bagi menempatkan 60% pelajar di pengkhususan Sains Tulen.



3. Kegiatan kokurikulum yang aktif dengan berusaha menjadi johan di peringkat negeri dalam setiap kegiatan yang disertai.



4. Mewujudkan satu alam persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baik dan ceria.



5. Berusaha meningkatkan taraf keceriaan dan kebersihan sekolah.



6. Melahirkan pelajar yang dapat menguasai bidang akademik dan perkembangan minda, bertanggungjawab, berdisiplin, berilmu dan beriman.



Falsafah Sekolah

Falsafah Secara khusus dan dijelmakan dalam bentuk tulisan masih tidak terdapat di sekolah ini. Namun begitu berdasarkan daripada perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, kesepakatan yang dihayati bersama antara semua warganya sejak dari mula penubuhannya sehingga sekarang adalah berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam segala aspek, bukan sahaja dalam akademik dan kokurikulum tetapi juga sentiasa cemerlang dalam pembentukan sahsiah terpuji dalam usaha melahirkan insan terpuji dengan mengamalkan nilai-nilai akhlak yang terpuji. “Sentiasa Cemerlang”, jelas merupakan satu hasrat yang ingin dicapai oleh guru, kakitangan sekolah dan setiap pelajar sekolah.




Penghayatan falsafah secara tersirat ini sentiasa disemai dan ditanam dalam jiwa warga sekolah sejak dari awal kemasukan pelajar dan begitu juga kepada staf yang bertukar masuk ke sekolah ini. Penyebaran hasrat ini sering disampaikan semasa orientasi pelajar dan staf. Selain daripada itu juga sering diperingatkan dalam perhimpunan harian setiap pagi kepada pelajar-pelajar. Sementara kepada guru pula sering dinyatakan dalam aktiviti perkembangan staf dan mesyuarat mingguan yang diadakan pada setiap hari Khamis.




“Sentiasa Cemerlang” telah menjadi satu set minda (mind setting) setiap warga sekolah untuk melaksanakan setiap kerja yang diamanahkan. Salah satu contoh yang diamalkan adalah pemakaian songkok kepada pelajar-pelajar Kelas KAA pada hari-hari biasa dan berbaju Melayu serta bersamping pada setiap Hari Jumaat, merupakan terjemahan kepada hasrat yang ingin dihajatkan oleh pihak pengurusan SMK Sama Gagah.




Piagam Pelanggan

Pihak pengurusan SMK Sama Gagah juga telah merangka satu piagam pelanggan yang bersesuaian dengan objektif dan diselaraskan juga dengan visi serta misi, sekolah. Piagam pelanggan ini sentiasa diamalkan oleh seluruh warga sekolah sehinggalah kepada pekerja bawahan. Masing-masing mempunyai keazaman untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan mulia. Antaranya petikan piagam tersebut adalah seperti berikut:-




1. Berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu dan terbaik kepada setiap pelanggan.

2. Berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan menyuluruh kepada pelajar-pelajar kami dari segi akademik, kokurikulum, moral agama, sahsiah diri dan kepimpinan.

3. Mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, indah, selesa, ceria dan selamat.

4. Melaksanakan tugas , tanggung jawabdan amanah yang diberikan dengan telus dan tulus serta menggunakan sumber-sumber yang ada secara maksimum

5. Memberi layanan yang saksama dan adil kepada semua warga sekolah, pelajar serta waris tanpa mengira cara hidup, keturunan atau kedudukan.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi sila berjumpa terus Pengetua atau hubungi melalui talian 04-3972214


Tiada ulasan:

Catat Ulasan